SELAMAT DATANG

Selamat Datang….

 

as1

D 20112055691

KHASMAWATI LAHURI

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…..
 
Blog ini tercipta kerana memenuhi tugasan KRT 3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Saya menyambung pengajian  di Universiti  Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Darul Redzuan.Semoga usaha  yang dijalankan mendapat manfaat untuk kita berkongsi ilmu. Kepada rakan-rakan semua… sila bagi pandangan untuk menambah baik blog ini. Terima Kasih…..
 
 
Program Pendidikan  Khas Integrasi
SK Tanjung Batu Keramat, Tawau
 
Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Kategori individu kurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khas terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental (mental retardation), bermasalah pembelajaran (learning disabilities), gangguan emosi dan tingkahlaku (emotional and behavioral disorder), gangguan komunikasi – pertuturan dan bahasa (communication – speech and language disorder),  hilang pendengaran (hearing loss), hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah (blindnees or low vision), kecacatan fizikal (physical impairments) dan golongan pintar cerdas (giftedness).
 
Di Malaysia, Pendidikan Khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan danbermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
 
RAMAI  yang  beranggapan bahawa mengajar murid pendidikan khas merupakan tugas yang sangat mudah.Tanggapan itu timbul memandangkan murid di dalam kelas itu hanya sekitar lima hingga 10 orang berbanding kelas perdana yang menempatkan lebih 20 orang murid. Sebenarnya, tugas untuk mengajar dan mendidik murid pendidikan khas tidak semudah yang disangka kerana mereka merupakan golongan istimewa berbanding murid-murid di kelas perdana. Murid pendidik khas terbahagi kepada tiga kategori iaitumasalahpembelajaran, masalah pendengaran dan masalah penglihatan.

clip_image002

Bagi guru-guru wanita, tugas mereka tidak ubah seperti seorang ibu kerana murid-murid pendidikan khas memerlukan layanan yang baik sebagaimana melayan anak-anak di rumah. Bagi saya(KhasmawatiLahuri), yang kini memegang jawatan Guru  Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Batu Keramat, Tawau guru-guru yang mengajar pendidikan khas harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, berdisiplin, bertolak ansur dan sentiasa berfikiran positif.
Memang kami mengajar murid dalam jumlah yang sedikit iaitu di antara lima hingga 10 orang tetapi setiap murid mempunyai kerenah yang berbeza dan memerlukan perhatian yang sewajarnya. Keupayaan pemikiran mereka sangat lemah, tidak memiliki kecemerlangan akal dan kadangkala tidak dapat mengawal emosi selain gagal mematuhi arahan yang diberikan..
Guru mestilah berfikiran kreatif terutamanya dalam menyediakan alat bantu mengajar agar murid melahirkan rasa minat untuk belajar.Kita tidak hanya bercakap di depan ketika mengajar sebaliknya turut menggunakan kaedah nyanyian dan permainan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Biarpun  sepenuh masa bersama murid-murid pendidikan khas, namun mereka turut melakukan tugasan lain yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
 
 

 

 va_01.2 (1)

 

Pengurusan Diri

PARA pelajar pendidikan khas juga mempunyai upaya berdikari yang baik jika dibimbing dan dilatih dengan penuh dedikasi. Selain tumpuan terhadap akademik, murid-murid pendidikan khas turut diterapkan dengan kemahiran menguruskandiri dan pengurusan tingkahlaku. Inilah yang paling pentingbagimurid-murid pendidikan khas kerana mereka tidak harus bergantung sepenuhnya kepada orang lain apabila masuk ke alam remaja dan seterusnya. Guru-guru akan mengajar mereka cara menguruskan diri termasuk memakai dan membuka pakaian, mencucipakaian, membersihkandiri, pengurusan bilik tidur dan mencuci pinggan serta cawan. Murid mampu mengurus diri tanpa bantuan orang lain dan guru bertanggungjawab untuk mendidik agar murid tidak melakukan perkara yang tidak disukai oleh orang lain. Setiap kesalahan yang dilakukan pula akan ditegur dan diubah serta-merta dan guru-guru akan menilai sejauhmana teguran tersebut dapat mengubah corak kehidupan anak didik mereka.

 

Kemahiran Hidup

 

Murid-murid pendidikan khas  turut mengikuti mata pelajaran KemahiranManipulatif dan Kemahiran Hidup yang memberi penekanan kepada penggunaan peralatan yang ada di sekitar mereka. Mereka turut diajar cara berkebun dan penggunaan setiap alatan denganbetul agar tidak mendatangkan kecederaan kepada mereka.Sebelum proses penanaman bermula, murid-murid akan diberi penerangan mengenai cara untuk menggemburkan tanah dan menanam biji-benih serta teknik menggunakan setiap peralatan dengan betul. Seterusnya, murid-murid itu diajar cara menyiram, membaja dan menjaga pokok dari pada serangan serangga perosak. Akhir sekali, mereka dibimbing untuk memungut hasil tanaman itu. Hasi ltanaman yang telah dituai akan dijual kepada kakitangan sekolah, ibubapa dan kedai runcit berhampiran. Selain itu, terdapat sesetengah sekolah yang melaksanakan projek keusahawananbagi mendidik murid-murid berdikari mencari kewangan sendiri.

 

 

Projek Keushawanan

 

2012-05-08-1591

SEBAHAGIAN daripada pelajar pendidikan khas menunjukkankemahiran mereka membuat“ Sandwich Sardin”.

Murid-murid diajar untuk menyediakan makan untuk diri sendiri seterusnya menggerakkan projek keusahawanan. Selain projek memasak muridjugadiberi pendedahan untuk menghasilkan beberapa kraftangan seperti tudung saji, gubahan bakul, kotak serbaguna diperbuat daripada kotak terpakai, tali makarami serta hiasan kuli tkayu manis dan sebagainya. Sesetengah kraftangan kami serapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti dalam subjek kemahiran manipulatif, kemahiran hidup dan pendidikanseni..Ternyata tugas guru pendidikan khas tidak semudah yang disangka biarpun mereka tidak mengejar kecemerlangan akademik seperti guru-guru di kelas perdana.Bagi mereka, kebolehan murid untuk menguruskan diri dan tidak bergantung harap kepada orang lain sudah memadai untuk mengukir senyuman di bibir masing-masing.
 

GOD SPECIAL CHILD……

I’m sending you a special child, to cherish in my name,
For you to love with all your heart,
and teach him just the same,
For he is not like other babies nor will he ever be,
But you can love him just the same and take good care of him for me.

He may not hear, or see, or run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart,
you’ll cry a million tears,
But I promise when he smiles at you,
the pain soon DISAPPEARS.

I know you’ll cry,
“Why him, Why us”, but I needed teachers true,
And that is why with care and trust, I’ve selected you,
So please don’t turn your back on him,
although he may be slow,
If you’ll accept him as he is, then together you will grow.

He needs to learn the skills of life,
for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him,
I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future,
I promise that to none,
Just live each day for all its worth,
and enjoy my special one.

DSCN9409

 “KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA, KEGEMILANGAN BERSAMA”

6 responses to “SELAMAT DATANG

  1. Hanya mereka yang istimewa mampu mendidik insan-insan yang istimewa,.. InsyaAllah.. teruskan usaha kak chayok2 hehe

    • Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Semoga kita sama-sama dapat manfaat….

      Buai laju-laju
      Sampai tepi perigi
      Harap jangan jemu
      Kunjungi blog ini….

  2. Pingback: SELAMAT DATANG | aidah zaraman·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s